
|
sweet owner ![]() Just Says ![]() Credits!
| Bilal bin Rabah ( seorang tukang azan ) Bilal bin Rabah lahir di daerah as-Sarah yang terletak di pinggir Kota Mekah , 43 tahun sebelum hijrah. Ayahnya bernama Rabah , ibunya bernama Hamamah , seorang wanita berkulit hitam . kerana itu ada yang memanggil Bilal dengan gelaran ibnus-Sauda ‘ atau putera wanita hitam . Bilal dibesarkan di kota Mekah sebagai seorang hamba milik keluarga Bani Abdul Dar. Selepas ayahnya meninggal dunia , bilal diserahkan kepada Umayyah bin Khalaf , seorang tokoh penting kaum Quraisy.Bilal termasuk dalam kalangan mereka yang awal memeluk islam. Apabila Umaiyah mendapat tahu , dia menyeksa Bilal tanpa belas kasihan supaya kembali kepada agama asal serta menjadi pengajaran kepada yang lain. Namun , Bilal enggan tunduk dengan kehendak Umaiyah.Bilal bin Rabah diseksa oleh Umaiyah tanpa henti. Mula – mula dia dipukul ,kemudian diarak keliling kota Mekah. Kerana Bilal masih berdegil , dia dijemur di atas pasir tanpa diberi makan dan minum. Ketika matahari tegak di atas kepala , dan padang pasir panas membara , Bilal dipakaikan baju besi lalu dibiarkan berjemur di bawah terik matahari. Tidak cukup dengan itu , Bilal disebat dengan cemeti dan dadanya ditindih dengan batu. Namun imam Bilal tetap teguh menghadapi penyeksaan itu. Umaiyah memaksa Bilal menyebut nama al-Latta dan al-Uzza tetapi mulut Bilal hanya menyebut “Allah ..Allah ..Allah..Allah..”Seksaan pada Bilal itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq, lalu membelinya daripada Umaiyah degan harga Sembilan uqiyah emas. Menurut Umaiyah , jika Abu Bakar membelinya dengan satu uqiyah emas pun dia akan menjualnya. Menurut Abu Bakar pula, jika Umaiyah menjualnya dengan harga 100 uqiyah emas sekalipun dia sanggup membelinya.Apabila Nabi Muhammad diberitahu mengenai perkara itu, nabi memuji Abu Bakar as- Sidiq dengan berkata “ sekiranya begitu , biarkan aku berkongsi denganmu bag membayarnya , wahai abu Bakar.”“Wahai Rasulullah , saya sudah pun membayarnya kepada Umaiyah dan sudah memerdekakan Bilal,” kata Abu Bakar as-Sidiq pula.Bilal bin Rabah pula pernah hidup pada tiga zaman , iaitu zaman jahiliah sebelum kedatagan islam , zaman Nabi Muhammad pembawa risalah Allah dan zaman Khalifah ar-Rasyidin iaitu pada zaman pemerintahan Abu Bakar as-Sidiq dan Umar al-Khatab.Pada zaman jahiliah , Bilal menjadi hamba kepada Umaiyah. Pada zaman Rasulullah pula beliau dilantik menjadi tukang azan. Beliau juga turut serta dalam semua peperangan yang disertai Rasulullah.Sesudah Nabi Muhammad wafat, Bilal merasakan satu kehilangan dalam kehidupannya. Kerana berasa sangat sedih , beliau tidak mampu menyebut nama Muhammad dalam sebutan azanyang dilaungkannya. Akhirnya , Bilal tidak sanggup lagi menjadi tukang azan. Pada masa pemerintahan Khalifah Sayidina Abu Bakar as-Siddiq,Bilal meminta izin untuk pergi berperang menentang mereka yang ingkar membayar zakat dan mengaku menjadi nabi. Tetapi tidak dibenarkan oleh Abu Bakar kerana beliau memerlukan khidmat Bilal di Madinah.Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab ,Bilal sekali lagi meminta izin pergi berperang menentang tenters Rom. Kerana desakan yang begitu kuat daripada Bilal, akhirnya dia diizinkan pergi. Bilal membawa isterinya sama-sama pergi berjihad pada jalan Allah. Kedua duanya turut bersama tentera islam menakluk Baitulmaqaddis.Semasa Bilal bin Rabah mengerjakan ibadat haji, penduduk mekah meminta beliau menetap di kota Mekah dan menjadi tukang azan di Masjidil Haram. Tetapi Bilal menolak.Apabila pulang ke Madinah , Ali bin Abu Talib memujuk Bilal supaya tinggal di Madinah dan meneruskan khidmatnya sebagai tukang azan di Masjid Nabi. Tetapi Bilal sekali lagi menolak. Kemudian, khalifah Umar al-Khattab sendiri tidak sanggup berada di Madinah , Bilal membawa isterinya berpindah ke Syam.Penduduk Syam juga meminta Bilal menjadi tukang azan. Tetapi Bilal enggan hingga mereka marah pada Bilal. Akhirnya Bilal membawa isterinya ke Damsyik.BIlal bin Rabah meninggal dunia di Damsyik pada tahun 20 hijrah iaitu pada 641 Masihi dan dikebumikan di Damsyik. Ketika itu beliau berumur 63 tahun. |