//Sweet Tyha !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to jemah nak pot-pet blog. :D


Just Says



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Your Name
Others:   


Indahnya masa muda




Islam melihat remaja sebagai aset agama yang perlu dididik, di bimbing dan dibentuk moral , mentality serta karakteristiknya sejak awal . Mulai semasa memilih pasangan  hidup yang baik agamanya ,semasa jima’ mengingati nama Allah , dalam kandungan dibacakan al-Quran dan didoakan terus menerus , khususnya setelah solat maktubah dan tahajjud, selepas dilahirkan , diazankan dan diiqamatkan, ketika menyusui diutamakan dengan susu badan dan perlu dipisah pada usia 2 tahun ( melatih berdikari ), sejak berusia 7 tahun dilatih melaksanakan solat ,puasa ,berakhlak baik dan kewajipan lain , usia 10 tahun perlu ada kemajuan dan berdikari dalam beribadat dan melakukan interaksi social, serta pada usia baligh dia sudah berada dalam kategori mukallaf, memikul kewajipan dan larangan, sehingga perlu belajar dengan intensif untuk mengetahui wajibat dan muharramat.
Wahai remaja, ketahuilah bahawa pada usia remaja ini merupakan masa pembentukan manusia yang paling baik pada karakteristiknya, mentality, moral ,prestasi dan dedikasi sosialnya. Jika masa ini dilalui dengan berjaya dalam makna positif dan progresif, maka masa seterusnya tinggal meneruskan dan mengembangkannya dengan maksima. Sebaliknya , jika masa ini dilalui dengan tidak berjaya ,dalam makna negative-destruktif-agresif,maka masa seterusnya akan menjadi petaka dan neraka bagi dirinya keluarga dan masyarakat secara umum.
Positif dalam makna kata lain ialah sesuatu yang bermanfaat dan mempunyai dimensi jangka pendek. Progresif maknanya sesuatu yang bermanfaat dalam jangka panjang . seperti belajar secara rutin di sekolah, bersukan, belajar ketik ujian, menyertai organisadi dan banyak lagi perkara-perakara yang bermanfaat dilakukan.
Negative pula dalam kata lain ialah sesuatu yng buruk dan tercela dalam jangka pendek. Destruktif maknanya sesuatu yang merosakkan dalam jangka masa yamg panjang. Contohnya , suka berbelanja secara boros untuk kemewahan, sering berjalan-jalan untuk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah, pergaulan bebas yang tidak mengenal batas-batas pergaulan, mencuri, merompak dan banyak lagi perkara yang tidak bermanfaat dilakukan.