
|
sweet owner ![]() Just Says ![]() Credits!
| KU JEMPUT JODOHKU APabiLa BaYaNgAnMu KeMbAlI mEnGgAnGu
Ingatlah kekurangannya, rasa
cinta tidak mudah dihapuskan apatah lagi cinta pertama. Hal ini memang
menyesakkan apabila kita tidak berusaha mengatasinya. Apabila bayangannya
kembali dalam memori , bahkan sering menghantui mimpi2 malah peluang bersanding
juga sudah tiada lagi,apa yang perlu dilakukan ?
Menangis ? bersedih ? menyesali
perkara yang terjadi ? berasa tertekan, sakit hati, kecewa bahkan mahu membunuh
diri ? menyangka persoalan turut selesai dengan berakhirnya hidup ? saya yakin
, hal ini tidak akan kita lakukan
Abdullah bin Mas’ud
menasihatkan ,” apabila kamu kagum kepada seorang wanita ingatlah kekurangannya”.
Maaf, ini bukannya tajassus
atau mencari aib dan mengorek kekurangan. Ini adalah nasihat , supaya kita
tidak dipermainkan oleh pesona zahir, dan tidak dibuai oleh gejolak nafsu
sehingga menjadi permainan syaitan.
Ustaz M.Anis Matta berkata , “apabila
cinta mempertemukan jiwa di alam ketinggian, perpisahan di alam dunia adalah
keseksaan jiwa untuk pencinta. Apabila mata tidak saling memandang ,jiwa ini
dan jiwa itu pasti terseksa rindu. Sekirannya rindu berakhir dengan pertemuan
di alam dunia,tandanya hidup masih ada harapan”.
Ya itu dinamakan cinta. Kadangkala
, cinta membuatkan mereka yang celik menjadi buta, mereka yang mempunyai hati
menjadi tuli, serta mereka yang mempunyai hati menjadi alpha dan tidak merasa.
Lihat mereka yang asyik
berpacaran , biasanya mereka tidak lagi mempedulikan keadaan sekeliling. Walaupun
dilihat oleh org ramai, mereka sengaja berpura-pura mempedulikannya. Telinga mereka
utuh dalam menerima pelbagai teguran dan kritikan.
*nantikan sambungan nya nanti..->
|